Monday, July 03, 2006

KURSUS INTENSIF PENGARAHAN FILEM/TV

KURSUS INTENSIF PENGARAHAN TV / FILEM

Anjuran:
KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION (KDCA)
Dengan Kerjasama PENAMPANG STUDIO

Tarikh : 8 - 12 JULAI, 2006
Tempat : HONGKOD KOISAAN, PENAMPANG

Facilitator: Mr Tony Francis Gitom ws, Fdam

Untuk:
Mereka yang inginkan kemahiran mengarah telemovie,
dokumentari,video klip, rancangan TV, berlakon &
penulisan skrip.Terbuka kepada semua tanpa mengira
kelayakan akademi. Yang penting minat dan cita-cita.!
Peserta berpeluang mengarah dan menghasilkan
cerita pendek. Teori (2 hari) & Praktikal (3 hari)

Yuran: RM300 sahaja

Maklumat Pendaftaran:
Mel Zakariah 019 8022 922
Tze Ling 017 8383 650
Allan Dumbong 019 8310 466
KDCA Office 088 713696
BERITA TERKINI!!!



KURSUS MENCUNGKIL KARYAWAN-KARYAWAN FILEM BARU!!

Pergerakan Pembangunan Belia-Beliawanis Kadazandusun, satu badan yang bernaung di bawah Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah, dengan kerjasama Penampang Studio telah menganjurkan KURSUS INTENSIF PENGARAHAN TV / FILEM selama lima (5) hari bermula pada 8 hingga 12 Julai 2006, bertempat di Hongkod Koisaan, Penampang, Sabah.

Kursus yang julung kali diadakan ini dianjurkan keranamenyedari hakikat bahawa industri perfileman antarabangsa, nasional, mahupun di negeri Sabah semakin pesat dan mendapat perhatian orang ramai. Perlu diingat bahawa industri perfileman adalah industri yang senantiasa berkembang di seluruh dunia dan mencatatkan kadar peratusan pertumbuhan (growth) yang tinggi setiap tahun. Di Amerika Syarikat, industri perfileman adalah satu industri yang menjana aktiviti ekonomi yang besar untuk Negara tersebut, sambil memberi keuntungan yang lumayan kepada mereka yang terlibat.

Di Malaysia, industri perfileman juga sentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan memang memberi bantuan yang menggalakkan bagi mendorong lebih ramai penglibatan karyawan-karyawan seni dan usahawan-usahawan dalam pengeluaran filem-filem di Malaysia, khususnya filem Melayu. Kini, industri perfileman Malaysia/Melayu semakin hari semakin meningkat baik dari segi kuantiti mahupun kualiti.

Di Sabah, para karyawan seni dan usahawan tempatan sudah mula berjinak-jinak dengan industri ini. Jika pada 20 tahun lalu, industri perfileman di Sabah hanya dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha dari Kuala Lumpur, kini beberapa bakat tempatan sudah mula menunjukkan keberanian untuk menceburi bidang yang baru ini. Jika dibuat tinjauan, mungkin sudah ada lebih daripada 20 buah telemovie, 20 karaoke shooting & video clip telah dihasilkan di Sabah. Yang menariknya ialah kebanyakan daripada telemovie-telemovie ini telah dihasilkan oleh karyawan-karyawan seni Kadazandusun.

Industri perfileman di Sabah ini masih muda lagi. Pun begitu, semangat dan keberanian para karyawan tempatan, khususnya dari muda-mudi Kadazandusun, begitu terserlah sekali. Apa yang mereka mahukan ialah sokongan dan bantuan dari semua pihak, khususnya dari KDCA dan pemimpin-pemimpin masyarakat Kadazandusun yang lain bagi memberikan mereka ruang untuk mengembangkan lagi seni pengeluaran filem tempatan.

Sebenarnya, inisiatif mengeluarkan lebih ramai penggiat-penggiat seni lakonan, pengeluar-pengeluar filem, pengarah-pengarah perfileman, penulis-penulis skrip di kalangan belia-belia Kadazandusun adalah sangat murni. Jika dibuat dengan serius, inisiatif seperti ini boleh meningkatkan jatidiri dan keyakinan tinggi kepada masyarakat tersebut. Melalui industri perfileman ini juga, dokumentari-dokumentari tentang tradisi dan budaya masyarakat Kadazandusun dapat direkodkan dan diketengahkan kepada masyarakat luar. Dan yang paling penting sekali ialah ini boleh memberikan kemahiran, kreativiti, keyakinan kepada para belia untuk menjadikan ini sebagai satu kerjaya sepenuh masa bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Justeru itu, matlamat kursus ini ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam industri perfileman tempatan dan dapat menghasilkan filem Kadazandusun yang menarik untuk ditayangkan pada Pesta Kaamatan 2007 tahun hadapan.


Kursus Intensif Pengarahan ini adalah khas untuk mereka yang berminat mahu belajar untuk mengarah telemovie, dokumentari, video klip atau rancangan TV. Kursus ini telah memberikan peluang terbaik kepada para peserta untuk mengambil langkah pertama untuk menjadi pengarah atau sutradara. Ianya terbuka kepada semua peringkat umur tanpa mengira sebarang kelayakan akademi. Yang penting semasa pemilihan peserta ialah mereka mesti ada minat dan cita-cita. Para peserta juga telah berpeluang mengarah dan menghasilkan cerita pendek yang mereka namakan “PTI Mokirayou”.

Fasilitator Kursus ini ialah Sdra Tony Francis Gitom, ws, fdam, iaitu merupakan satu-satunya anak watan Sabah yang telah mencipta nama dalam bidang pengarahan filem di Malaysia. Dalam kursus intensif ini, pengalaman Sdra Tony selama 20 tahun, telah dikongsikan kepada para peserta dengan ikhlas.


KANDUNGAN KURSUS

1. Pengenalan.
- Memperkenalkan industri dan format.

2. Asas Pengarahan.
- Belajar asas pengarahan, tugas-tugas dan tanggungjawab
seorang pengarah.

3. Asas Penulisan Skrip & lakon tv.
- Belajar asas penulisan skrip dan lakon tv. Garapan dan penilaian seorang pengarah secara kreatif dan bertanggungjawab terhadap sesuatu karya.

4. Asas Seni Lakon.
- Belajar asas seni lakon bagi memudahkan seorang pengarah
untuk mengarah dan membimbing pelakon secara efektif.

5. Pra-produksi.
- Belajar membuat persiapan untuk memulakan sesuatu projek
baru.

6. Penggambaran.
- setiap peserta berpeluang merasa menjadi pengarah untuk
menghasilkan cerita pendek durasi 15 minit.

7. Pos-produksi.
- Belajar membuat kerja-kerja di studio pos produksi secara total
iaitu suntingan, muzik dan adunan akhir.

8. Produk Siap.
- Belajar trend pasaran, keperluan dan kepentingan semasa.

PESERTA-PESERTA:
1. Allan G Dumbong
2. Kinatu @ Edwin Kinatu B Anggidau
3. Awang Rablah Bin Salil
4. Vitus Dani
5. Laman Bin Masiri
6. Raymond Chin
7. Sumarli Loli
8. Jusry Jaafar
9. Flora Juanis Salemuela
10. Mohd Fadzlie Bin Jutamin
11. Andrew Pink

1 comment:

Ampaliu said...

Kopisanangan tompinai, pertama kali masuk website wayaan tokou ini. cuma kalu buli tukar warna background hijau pg warna cerah ckit atau tulisan pg warna cerah. Susah ckit mau baca perkataan. Sakit mata. Tp syabas kerana mengendalikan blog ini. Bagus sekali ada informasi dan
teruskan berjaya... aramai tii.