Friday, January 13, 2006

SADA PINONGIAN

"SADA PINONGIAN" :
A DELICIOUS TRADITIONAL
CUISINE OF THE KADAZANDUSUNS OF BORNEO
By:
Allan Dumbong
(Jan 2006)

PENGENALAN
sada pinongian adalah salah satu makan tradisi yang telah diperturunkan dari bereberapa generasi Kadazandusun. Maklumlah dulu-dulu, masyarakat Kadazandusun tidak mempunyai "refrigerator" ataupun "ice-box" untuk menyimpan makanan dengan lebih lama. Memandangkan, sungai pada masa itu bersih dan tidak tercemar, maka banyak ikan yang boleh ditangkap disungai-sungai. Kebetulan, masyarakat kadazandusun ini pun juga kreatif dan "resourceful", yakni boleh menggunakan semua sumber-sumber asli yang boleh diperolehi di persekitaran. Contohnya, "pangi". pangi ini banyak tumbuh di hutan, dan biji pangi itu boleh digunakan untuk "preserve" ikan-ikan supaya tidak rotten. selain daripada itu, pangi juga boleh buat suatu ikan atau danging itu menjadi sedap rasanya.
RAMUAN-RAMUAN
1. Sada saraie/botuan/rokot/atau apa-apa saja ikan segar
2. Serbuk pangi secukupnya (tumbuk hingga halus)
3. Garam

CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Siangkan ikan lebih baik belah macam itu ikan masin cuci dan toskan
2. Tabur serbuk pangi yang telah dicampur dengan garam di bahagian isi
3. Setelah siap, masukkan dalam plastik ka kontainer dan tutup rapat2 kalau ada goroi/kakanan atau buah labu, masukkan dan tutup rapat2. Selepas satu minggu boleh lah pergi jengguk sabab tu pangi sudah masak. Maksudnya, pangi itu tidak "alangang" lagi.

Garam digunakan untuk menambahkan ketahanan ikan dan rasanya juga pasti sedap kalau tidak berlebihan.

Kalau mahu upgrade pinongian ini menjadi "bosou", boleh tetapi memerlukan sekurang-kurangnya 10 ekor ikan pinongian + nasi 1 genggam + 1/2 sudu makan garam atau secukup rasa) + 3" halia dihiris nipis + 2 batang umbut tuhau + serbuk pangi dari 1 biji pangi....gaulkan semua sekali hingga rata dan masukkan dalam botol "Nescafe"dan tutup rapat2. Selepas satu minggu, lihatlah dan ia siap untuk dimakan.

BAGAIMANA DIHIDANGKAN

Ikan yang telah dipangikan "sada pinongian" itu boleh dimasak goreng ataupun disupkan ataupun disteamkan. Lepas tu, boleh makan. Ikan yang telah dibosoukan, boleh dimakan terus ataupun digoreng. kalau digoreng dan dimakan panas-panas, lebih enak.

BAGAIMANA MENDAPATKANNYA:

Ambil empat langkah utama:

(i) Sertai Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah

(2) Jumpa & berbincang dengan penulis

(3) Bersedia untuk masuk kampung, jumpa orang tua dan masuk hutan cari pangi.

(4) Bersedia untuk bergiat dalam KDCA dan menkomersialkan "sada pinongian".


No comments: