Wednesday, May 27, 2009

TELEMOVIE KADAZANDUSUN "BAMBAAZON" DI TV2 29 MEI 2009 @ 12.30 T/HARI


Ahirnya, dengan kesungguhan team produksi dan penerbit serta para pelakon, sebuah syarikat tempatan Sabah, IMMORTELLE CREATIVE SDN BHD telah berjaya menerbitkan sebuah telemovie yang mana 80% penggunaan bahasanya adalah dalam Bahasa KadazanDusun yang bertajuk ‘BAMBAZON’ yang diarahkan oleh Nurhalim Hj. Ismail yang berasal dari Kuala Lumpur selain menjadi penulis skrip bagi telemovie ini.

Telemovie ini berkisar tentang dilema seorang gadis, Ivy (LINDA NANUWIL) yang telah dipilih untuk menjadi seorang unduk ngadau bagi memenuhi kehendak masyarakat dan adat resam yang diamalkan sejak turun temurun oleh masyarakat Kadazandusun. Namun pada zaman moden ini, Ivy, yang juga sedang mengikuti pengajian di universiti merasakan bahawa ianya sudah tidak relevan lagi memandangkan Ivy berkeinginan untuk keluar dari kepompong adat resam yang baginya tidak dapat memajukan dirinya dan masyarakat sesuku.

Dengan masa yang sama, Ivy juga terlibat dengan cinta 3 segi antara Aggidau (FELIX AGUS) yang sekampug dengannya dan Doi (EBI KORNELIS), anak ahli korporat yang sepengajiannya dengannya di universiti. Adakah Ivy tetap akan berpegang kepada prinsipnya atau pun kembali kepada adapt resamnya? Apakah kesudahan cinta 3 segi yang terjadi antara mereka? Sempena Pesta Kaamatan 2009, saksikanlah kesudahannya di saluran RTM 2 pada 29 Mei 2009 (Jumaat) pada pukul 12.30 tengahari. Sebarang komen amatlah dialu-alukan.

Keterangan lanjut, sila hubungi Cik Jenny Joanis (HP: 0192198488)

No comments: