Friday, May 22, 2009

PERTANDINGAN AKHIR SUGANDOI KAAMATAN 2009

SIAPAKAH di antara 10 finalis bakal dinobatkan juara Sugandoi Kaamatan Peringkat negeri 2009?

Sepuluh peserta akhir yang bakal berentap pada malam ini (23 Mei 2009) adalah antara 37 peserta dari seluruh negeri termasuk dari Klang Valley Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bersaing di separuh akhir Khamis lalu.

Peserta itu adalah Agusta Marcus (Tuaran), Danny F Malinggi (Tamparuli), Effarina Jaluman (Tg Aru), Fairot Sinang (Matunggong), Georgia Joy Binsol (Papar), Kenny David Yuntala (Penampang), Mohd Rifanzie Rujie (Api Api), Norbert Andillah (Likas), Rosmah Amat (Sandakan) dan Sanisah Majilin (Sook).

Sugandoi Kaamatan malam ini akan dirasmikan oleh Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang juga akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Source: Adapted from Daily Express, 23/5/2009

1 comment:

Alan said...

hi 'sangai'..apa result tu sugandoi arr?