Tuesday, August 01, 2006

PELAJAR-PELAJAR KADAZANDUSUN DI UNIVERSITI

PELAJAR-PELAJAR KADAZANDUSUN DI UNIVERSITI:
Peranan Mereka Dalam Mempromosikan Tradisi Budaya Kadazandusun
Oleh
Allan Dumbong
Pelajar-pelajar Kadazandusun di universiti-universiti, baik di Malaysia mahupun di luar negeri, seringkali mengorganisasikan diri mereka kepada beberapa kumpulan. Dan salah satu kecenderungan dalam aktiviti mereka ialah untuk memelihara dan mempromosikan seni budaya mereka, bukan sahaj ditujukan kepada pelajar-pelajar "junior" tetapi juga untuk diperkenalkan kepada pelajar-pelajar lain di universiti.
salah satu perkumpulan pelajar Kadazandusun yang giat memperjuangkan warisan budaya Kadazandusun ialah Persatuan Bahasa KadazanDusun Universiti Malaya (PBKDUM).

PBKDUM ini ditubuhkan untuk tujuan berikut:

Untuk menjamin dan menggalakkan Kebudayaan dan Bahasa Kadazandusun melalui program-program kemahasiswaan di dalam kampus.
Menyatukan dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar Kadazandusun.
Menganjurkan Pesta Kaamatan peringkat kampus setiap tahun.
Membentuk kepimpinan di kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti kemahasiswaan di dalam kampus.
Menjadi pusat untuk sesi diskusi bersifat ilmiah ke arah mencetus pemikiran dan idea-idea baru untuk kemajuan masyarakat Kadazandusun.
Membantu proses integrasi kaum melalui aktiviti kebudayaan di dalam kampus.

Kadazandusun merupakan etnik terbesar di Negeri Sabah. Rumpun Kadazandusun termasuk Murut mengamalkan kebudayaan, corak hidup, adat resam dan kepercayaan yang tidak jauh berbeza mengikut lokasi penempatan mereka.
Walaubagaimanapun di kalangan warga kampus, pelajar Kadazandusun merupakan golongan minority yang turut bersaing untuk mendapatkan pendidikan di universiti terulung ini. Pelajar-pelajar daripada rumpun kadazandusun secara kasarnya melebihi 100 orang. Oleh yang demikian adalah perlu bagi pelajar-pelajar daripada etnik Kadazandusun ini mempunyai persatuan sendiri. Melalui persatuan ini ahli-ahli dapat bersatu dalam melaksaanakan pelbagai program kemahasiswaan terutama dari segi kebudayaan dan bahasa. Selain itu, kebajikan mereka akan lebih terjamin di mana persatuan ini akan menjadi saluarn untuk menyuarakan pendapat.
Pengamal Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa ibunda.
Persatuan akan memainkan peranan untuk memelihara dan mengallakkan penggunaan bahasa Kadazandusun di kalangan ahli-ahlinya sebagai satu identity etnik. Di samping itu, ia juga boleh memperkenalkan Bahasa Kadazandusun di kalangan warga kampus yang berminat dan ingin mempelajarinya.
Usaha penggalakkanpenggunaan bahasa Kadazandusun ketika interaksi dalam persatuan di kalangan ahli adalah selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan matapelajaran Bahasa Kadazandusun sebagai Pupil Own Language (POL) di sekolah-sekolah rendah terpilih di Sabah. Oleh yang demikian sebagai menghargai langkah kerajaan tersebut, persatuan ini akan menyokong usaha tersebut melalui penggalakkan penggunaan bahasa kadazandusun selaku bahasa ibunda di dalam persatuan tanpa mengenepikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Usaha ini adalah perlu agar identity rumpun Bahasa Kadazandusun tidak luput ditelan zaman.
Penganjur Perayaan Pesta Kaamatan
Persatuan Bahasa Kadazandusun juga berperanan untuk menganjurkan Perayaan Pesta Kaamatan setiap tahun di dalam kampus Universiti Malaya. Usaha ini selaras dengan langkah kerajaan mengisytiharkan Perataan Pesta Kaamatan sebagai salah satu perayaan rasmi kebangsaan. Melalui penganjuran Perayaan Pesta Kaamatan di peringkat kampus akan dapat mengetengahkan dan menonjolkan Perayaan Pesta Kaamatan sebagai satu warisan kebudayaan oleh masyarakat etnik Kadazandusun. Perayaan ini sudah tentu akan dapat mewarnakan lagi kebudayaan pelbagai kaum di dalam kampus.
Melaksanakan Projek-projek dan Program-program Kemahasiswaan.
Seperti juga persatuan-persatuan mahasiswa yang lain di dalam kampus, Persatuan Bahasa Kadazandusun juga akan turut memainkan peranan secara nyata dalam merancang dan melaksanakan projek-projek kemahasiswaan secara aktif dan bersepadu seperti berikut:
a) Program Kemasyarakatan
i) Operasi Khidmat Masyarakat/Khidmat Siswa di luar kampus
ii) Kempen Menderma Darah.
iii) Gotong-Royong.
iv) Program Bersama Anak-anak Yatim (MOYATIM).
v) Lawatan Ke Rumah Orang-ornag Tua dan Kanak-kanak Istimewa.

b) Program Akademik
i) Motivasi Pendidikan untuk pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM.
ii) Kursus Kemahiran Belajar
iii) Debat Akademik/Dialog Bahasa Kadazandusun dan Murut
iv) Penerbitan “Majalah Kaandaman (Kenangan)”

c) Kepimpinan
i) Kursus Kepimpinan
ii) Kursus Keterampilan Diri

d) Sukan dan Rekreasi
i) Menganjurkan Festival Sukan
ii) Menganjurkan Pertandingan-pertandingan sukan dan permainan
di dalam kampus.
iii) Mendaki gunung dan aktiviti berkayak.
iv) Bekerjasama dan menjadi peserta aktif dalam projek dan program anjuranuniversiti.

Persatuan Bahasa Kadazandusun akan bekerjasama dengan pihak pentadbiran universiti khususnya Hal Ehwal Pelajar dalam menjayakan program-program dan aktiviti-aktiviti kemahasiswaan terutamanya dari segi kebudayaan. Penglibatan aktif Persatuan dalam aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan objektif dan kapasitinya adalah perlu sebagai satu cara bagaimana persatuan yang mewakili pelajar-pelajar etnik Kadazandusun dapat menyumbang peranan demi kebaikkan dan kemajuan Universiti.
Mewujudkan Kerjasama dengan persatuan-persatuan yang lain.
Persatuan Bahasa Kadazandusun akan sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama yang baik dengan persatuan-persatuan yang lain dalam melaksanakan program-program dan projek-projek yang dirancang. Ini boleh dilakukan dengan menjempuat ahli-ahli bukan kadazandusun untuk bersama-sama menjayakan projek yang akan diatur kelak. Sebaliknya, Persatuan juga boleh menghantar wakil-wakilnya dalam projek-projek anjuran persatuan-persatuan yang lain.
Medan Perbincangan
Persatuan ini akan menjadi pusat perbincangan dan pertukaran pendapat serta pengetahuan di kalangan ahli-ahlinya dari pelbagai fakulti dan jurusan. Melalui diskusi-diskusi bersifat ilmiah ini akan dapat mencetuskan pemikiran dan idea baru ke arah membantu kemajuan sosio-ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kadazandusun di Sabah amnya. Kajian dan penyelidikan akan diadakan bagi mengatasi sebarang dilemma yang membelengu masyarakat Kadazandusun.
Merapatkan Hubungan dan Interaksi
Melalui Persatuan ini pelajar-pelajar Kadazandusun akan dapat merapatkan hubungan dan interaksi antara satu dengan yang lain. Tanpa Persatuan ini, hubungan rapat dan interaksi di kalangan para pelajar Kadazandusun di dalam kampus akan menjadi sukar.
Kesimpulannya, Persatuan Kadazandusun akan sentiasa berdaya saing dan aktif dalam merancang dan melaksanakan program-program selaras dengan kehendak Universiti ke arah kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Adalah diharapkan semoga penubuhan Persatuan Bahasa Kadazandusun akan dapat membantu perkembangan kebudayaan nasional seperti yang diharapkan oleh Universiti dan Kerajaan amnya.

1 comment:

claire said...

dear allan.....sia bangga btl dgn bangsa tokou.byk sgt pendedahan yg dbuat mengenai bangsa kita.tapi sia sgt sedih la.org kita sendiri ada yg tdk prihatin psl bangsa kita.ORANG SUNGAI also from dusunic group right? but why tiada pdedahan psl ini sub-etnik? their language is very similar with dusun.actually,i'm mix blood from sungai n dusun.sia teringin sgt,ada fiesta yg mengumpulkn semua sub-etnik kadazandusun.rungus,murus,org sungai n so on.

thanks,
claire