PENGUMUMAN:
PERSIDANGAN DELEGASI TIGA-TAHUNAN YANG DIJADUALKAN PADA 28-29 JUN 2008 TELAH DITUNDA KE SATU TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN KELAK. HARAM MAKLUM.
Kepada:
Semua Pengerusi Cawangan KDCA
Semua pengerusi Ahli Sekumpulan KDCA
Pengerusi Penyelaras Ahli Persendirian KDCA
Semua Pengerusi Badan Penyelaras Daerah KDCA
Semua Ahli Jawatankuasa Pusat KDCA
Sila maklum bahawa Persidangan Delegasi Tiga-Tahunan KDCA Ke-11, akan diadakan pada 28-29 Jun 2008 untuk menyelesaikan Agenda seperti berikut:
Agenda Persidangan
1. Menerima laporan kerja Ahli Jawatankuasa KDCA Pusat.
2. Menerima laporan kewangan Bendahari Agung dan Akaun-Akaun KDCA yang telah diodit.
3. Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa KDCA Pusat bagi Penggal akan datang.
4. Persidangan perkara-perkara lain yang sah diterima mengikut kaedah perlembagaan KDCA.
Justeru itu, semua Cawangan KDCA dan Badan Penyelaras Ahli KDCA (Unattached KDCA Members) adalah dinasihatkan supaya mengadakan mesyuarat Agung Tiga-Tahunan masing-masing dengan segera supaya semua laporan dapat sampai ke inu pejabat KDCA sebelum akhir 31 May, 2008.
Ketetapan yang diluluskan oleh Jawatankuasa KDCA Pusat berkenaan dengan Persidangan Perwakilan KDCA Ke-11:
Sila maklum bahawa berikut adalah beberapa ketetapan yang diluluskan oleh Jawatankuasa KDCA Pusat berkenaan dengan Persidangan Perwakilan KDCA Ke-11:
1. Tahun taksiran tunggakan yuran keahlian akan bermula pada tahun 2004. Untuk kelayakan menyertai sepenuhnya dalam Persidangan Perwakilan KDCA Ke-11, ahli-ahli cawangan KDCA hendaklah menyelesaikan pembayaran yuran bagi tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008.
2. Cawangan-Cawangan KDCA yang ingin meminta kehadiran wakil daripada KDCA Pusat semasa mengadakan MesyuaratAgung Tahunan boleh mengemukakan permintaan secara bertulis kepada Setiausaha Agung KDCA.
3. Bagi kelayakan cawangan KDCA untuk menyertai sepenuhnya dalam Persidangan Perwakilan Ke-11 ini, semua borang yang [berkenaan] hendaklah disempurnakan dan dikelmbalikan sebelum atau tepat pada 31 Mei 2008 ke Ibu Pejabat KDCA, Hongkod Koisaan Penampang.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Ibu Pejabat KDCA [No.Tel: 088-713696]
Arahan
George D.B. Aludah, JP
Setaiusaha Agung
1 comment:
Persoalan sekarang adalah:
Bagaimana kadazan dusun murut boleh berjaya dalam bisnes?
Marilah kita bersatu-padu menyokong usahawan kadaan dusun murut.
Post a Comment