Thursday, June 01, 2006

TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA FELIX AGUS




TEMUBUAL EKSKLUSIF
ALLAN DUMBONG DENGAN FELIX AGUS
20 Mei 2006
(Disesuaikan dari: Buku Cenderamata Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2006)



Allan: Terima kasih kerana Sdra Felix sudi meluangkan masa dalam temuramah ini. Sememangnya, ramai anggota masyarakat Kadazandusun yang dahagakan maklumat atapun berita tentang Sdra. Apakah berita terkini tentang Sdra? Kounsikahan tagayo tu nakasaga ko id pibarasan diti. Mimang ogumu tulun id Sabah ih tirorongou nunu nodi abar om susuyan kohibok-hibokon nu baino. Sunudai koi gia?

Felix: Saya sedang dalam proses rakaman album sulung yang dijangka keluar di pasaran tidak lama lagi. Selain daripada itu, saya juga baru menjayakan Konsert AF Tour yang menjelajah di seluruh Malaysia. Baru-baru ini saya diberi penghargaan untuk berduet dengan Toh Puan Bendahara Kedah bagi album kebajikan.

Pada 3hb April yang lepas Kelab Peminat saya di KL juga telah mengadakan majlis sambutan Harijadi saya yang ke-24.....wah semakin tua pula rasanya hehehe....

Pada bulan April [lalu] saya memang sibuk. Saya baru kembali dari Mumbai, India setelah berada di sana lebih kurang seminggu iaitu pada 8-13 April untuk proses rakaman klip video dengan Iwan. Selepas itu saya berada di Sabah untuk beberapa persembahan seperti di Beaufort, Tambunan dan Kota Belud. Kelab Peminat saya di Sabah juga tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis Makan Malam pada 24 April 2006. Memang jadual saya agak padat [dalam] bulan April...


Allan: Wow, aktiviti Sdra Felix dalam industri seni negara begitu hebat sekali. Bagaimanakah Sdra Felix melihat perbezaan cara kehidupan masa kini yang glamour, sibuk, dan mendapat rezeki yang memuaskan berbanding dengan kehidupan masa lalu? Atuukoi, monguru tomod kohibok-hibokon nu sabaagi modsisinding. Jadi, poingkuro ko diri mintong dot pinisuwayan kopoposiyon nu baino nung piiradon dit gulu poh?

Felix: Memang ada perubahan sejak saya masuk dalam rancangan Akademi Fantasia musim ke-3. Saya bersyukur kerana mendapat sedikit rezeki sejak menceburkan diri dalam industri muzik berbanding dengan dulu. Satu lagi perbezaan yang paling ketara sekali ialah sekarang ramai orang telah mengenali saya. Dimana juga saya berada sudah pasti ada yang menegur dan tidak kurang juga yang datang untuk bergambar dan meminta autograf.

Kalau shopping memang ada masalah sedikit sekiranya saya keseorangan. Oleh itu setiap kali keluar untuk shopping seboleh-bolehnya saya ditemani kawan dan kalau di Sabah sepupu atau abang saya akan menemani saya. Pernah suatu masa dulu saya didatangi peminat semasa hendak mengeluarkan duit dari mesin ATM semata-mata untuk bergambar sehinggakan sukar untuk saya bergerak. Ada juga peminat yang mengejar saya sehinggakan masuk ke kedai dimana saya membeli pakaian.

Walau bagaimanapun saya memang sudah bersedia dengan keadaan sebagai seorang artis yang boleh saya anggap glamour. Saya juga bersyukur dan gembira kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini. Tanpa mereka, saya tidak akan dikenali seperti sekarang ini.


Allan: Bolehkah Sdra Felix menceritakan serba sedikit tentang latarbelakang peribadi ataupun cerita-cerita masa kecil dahulu di Kota Belud, Sabah? Dan bagaimanakah bakat menyanyi itu telah timbul dan digilap sehingga berjaya di AF3? Sunudai koi daa poingkuro nantadon nu gulu poh id Kota Belud, om poingkuro ko sumininding gisom nakalantoi id AF3?

Felix: Kehidupan saya pada zaman kanak-kanak seperti juga apa yang dilalui oleh kanak-kanak lain di kampung. Tidak ada yang begitu istimewa. Dulu saya memang nakal juga lah. Saya gemar memancing ikan, bermain bolasepak dan yang paling seronok aktiviti mandi sungai.

Saya memang meminati muzik dan gemar menyanyi sejak dari bangku sekolah lagi. Sebelum menyertai AF3, pada tahun 2003, saya telah menyertai pertandingan Sugandoi peringkat Lahad Datu dan berjaya merangkul juara. Lagu yang saya bawa pada masa itu sebuah lagu dari saudara Francis Landong, yang memang merupakan idola saya. Pada tahun 2004 pula saya bersama-sama dengan dua orang sepupu saya, Joseph Timbangan dan Stanley Joe telah merakamkan album Bontugon 2004. Album Dusun tersebut memuatkan 4 buah lagu saya termasuklah lagu bertajuk Nokosuai Ginawo Ku. Saya rasa bakat saya lebih menyerlah lagi apabila memasuki program realiti AF3.



Allan: Sekarang ini Sdra Felix lebih banyak masa di Kuala Lumpur dan mencari rezeki melalui pelbagai show di sana-sini. Pada pendapat Sdra Felix, bolehkah bidang nyayian atau lakonan ini boleh dijadikan satu karier yang serius dan mampukah ia memberi jaminan pendapatan tetap, terutamanya kepada belia-belia Kadazandusun? Baino nopo diti nga asaru ko id KL, mimpanau modsinding hiti hilo. Id pomusarahannu, milo nangku tokou, lobi-lobi kumaa sukod wagu Kadazandusun, dot lumansan nopo karaja modsinding do mogihum makan?

Felix: Bagi saya apa pun yang kita ceburi memang dapat menjamin pendapatan tetap sekiranya kita benar-benar serius dan komited melakukannya. Jadi begitu juga dengan bidang nyanyian dan lakonan. Kata orang dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Memang telah terbukti dimana seseorang pelakon atau penyanyi itu boleh hidup mewah hasil usaha mereka dalam bidang tersebut.

Satu lagi, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan selagi boleh dan begitu juga saya, saya akan berusaha untuk memantapkan lagi diri saya dari semasa ke semasa terutama dari segi vokal dan persembahan. Sekarang ini saya memang berusaha memperbaiki kemahiran komunikasi yang memang lemah agar saya dapat berinteraksi dengan baik kepada sesiapa saja.


Allan: Melalui pengalaman Sdra Felix, apakah tiga (3) perkara utama yang perlu wujud untuk membolehkan seseorang bakat baru, terutamanya belia Kadazandusun, untuk maju dalam industri seni suara di Malaysia. Id pomusarahannu, onu oh tolu (3) ih mositi kiharo montok iso-iso komulakan Kadazandusun nung mimang isio koburu sabaagi modsisinding hiti id pogun Malaysia?

Felix: Pertama sekali, perlu ada bakat kerana bakat adalah semulajadi dan bukan dibentuk. Sememangnya ada bakat yang boleh dibentuk tetapi mungkin memakan masa yang agak lama. Jadi sekiranya bakat semulajadi tidak ada maka susah untuk maju apatah lagi untuk bertahan dalam bidang seni suara.

Kedua, mestilah mempunyai personaliti yang menarik kerana melalui personalitilah yang akan menampilkan diri kita yang sebenar. Personaliti jugalah yang akan membuat samada boleh menarik minat orang ramai untuk menyokong dan menyukai kita atau pun tidak.

Ketiga, disiplin diri yang kuat. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita lebih komited terhadap apa yang kita lakukan. Disiplin yang baik dapat membantu kita untuk selalu melakukan yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk peminat kita dan sekaligus untuk membantu memajukan industri muzik di negara kita.

Bagi saya, ketiga-tiga elemen ini penting dan mesti seimbang sekiranya ingin terus maju.


Allan: Adakah Sdra Felix dan syarikat rakaman di mana Sdr Felix bernaung berhasrat untuk merakamkan lagu-lagu Kadazandusun untuk diketengahkan kepada semua pendengar di seluruh Malaysia? Jika ada, bagaimanakah kalian mendapat sumber inspirasi, ciptaan lagu ataupun lirik yang sesuai untuk diketengahkan? Dan, bagaimanakah agaknya sambutan rakyat di Semenanjung Malaysia atau Sarawak jika Sdra Felix menghasilkan lagu-lagu Kadazandusun? Kiharo nangku pomusarahan nu toi ko kompeni nu do momonsoi sinding-sinding Kadazandusun dot maan porongoho kumaa toinsanan mokikinongou id pointongkop Malaysia? Nung haro, poingkuro kou dati kaanu dot sinding-sinding diri? Suwai mantad diri, kaanu nangku tulun id Semenanjung toi ko Sarawak monorimo toi koh orohian nung modsinding ko noh sinding Kadazandusun?

Felix: Untuk album saya yang bakal muncul tidak lama lagi, saya begitu bertuah kerana saya dapat merakamkan sebuah lagu Dusun hasil ciptaan saudara George Lian. Saya begitu meminati hasil ciptaan beliau kerana bahasa Dusun yang digunakan begitu baik sekali. Setakat ini saya rasa tidak ada masalah untuk rakyat Malaysia tidak kira dimana mereka berada untuk menerima lagu Dusun ini kerana semenjak keluar dari AF3 ada juga peminat bukan dari suku Kadazandusun yang ingin memiliki lagu-lagu Dusun yang pernah saya rakamkan sebelum ini seperti lagu "Nokosuai Ginawo Ku".


Allan: Sebagai seorang artis yang menjadi idola dan pujaan ramai orang, termasuklah belia-belia dan pelajar-pelajar Kadazandusun, apakah nasihat yang boleh Sdra Felix berikan kepada mereka dalam mengharungi zaman muda mereka dan dalam masa yang sama merancang pula untuk masa depan? Sabaagi songulun modsisinding dit korohian om koupusan dot ginumuan tulun miagal dot sukodwagu Kadazandusun, onuu dati pason nu kumaa ngaawi diolo diti?

Felix: Nasihat saya, manafaatkan kehidupan kita dengan melakukan perkara yang baik. Hindari perbuatan yang boleh merosakkan diri kita sebab zaman muda hanya sekali. Sekiranya tersilap langkah seperti terjebak dalam najis dadah atau jenayah, mungkin sukar untuk kita kembali ke kehidupan seperti sediakala. Sebaik-baiknya rancang masa depan dengan teliti supaya kita tidak akan menyesal di kemudian hari. Seperkara lagi, dalam mengejar kejayaan, jangan lupa asal usul kita.


Allan: Ini adalah soalan cepumas. Adakah Sdra Felix sudah mempunyai seorang kekasih hati? Jika Sdra Felix memilih seorang gadis Kadazandusun, apakah agaknya ciri-ciri yang Sdra Felix utamakan? Haro iso ponguhatan ku dit suai-suai. Haro noh sumandak koupusan id suang ginawonu? Nung mogihum ko iso sumandak tulun tokou, nunu nangku kowoyo-woyoon dot sumandak diri dit ihumonnu?

Felix: Seorang yang memahami diri saya lebih-lebih lagi sekarang ini sejak saya menceburkan diri dalam industri muzik. Juga berkulit putih, comel, sedap mata memandang dan berambut panjang. Yang paling penting sudah semestinya seorang wanita sejati yang pandai berbahasa Dusun.


Allan: Apakah perancangan Sdra Felix seterusnya? Adakah terus menyanyi, berlakon, berniaga ataupun kesemuanya sekali? Om, onuu diri pomusarahan om wonsoyon nu diti dumontol? Modsinding ko? momonsoi ko wayang? mongindapu ko? toi koh oinsanan ngaawi dilo mangan nu?

Felix: Buat masa ini saya lebih suka menumpukan pada bidang nyanyian dan lakonan. Tapi mungkin pada masa akan datang sekiranya ada rezeki dan sekiranya saya tidak mampu untuk menyanyi atau berlakon lagi, kemungkinan juga saya akan membuka sebuah ‘production house’ sendiri agar saya dapat berkongsi ilmu yang saya ada kepada mereka yang memerlukannya.


Allan: Sempena Pesta Kaamatan 2006 ini, acara Sugandoi akan dianjurkan sekali lagi dengan memperkenalkan pelbagai kategori untuk mencungkil bajat-bakat baru Kadazandusun. Apakah pendapat Sdr Felix tentang Sugandoi ini dalam memainkan peranan untuk memajukan industri senisuara dan musik Kadazandusun? Id suang Kaamatan 2006 diti, ih Piboiian Sugandoi nga pohoroon nogo miampai pipiro kategori dot mogihum dara modsisinding Kadazandusun dit wagu. Onu pomusarahan nu dika Tobpinai kokomoi diti Piboiian Sugandoi Kaamatan?

Felix: Bagi saya Sugandoi boleh saya katakan sebagai salah satu langkah untuk kita mengingatkan generasi muda terhadap kepentingan memelihara bahasa dan budaya kita sendiri melalui nyanyian. Ini memandangkan sekarang kebanyakan muda-mudi lebih cenderung kepada muzik barat dan kemungkinan akan melupakan muzik, budaya dan bahasa kita sendiri. Oleh itu, dengan adanya pertandingan seumpama ini, ia bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat-bakat baru tetapi juga dapat memelihara bahasa kita dari pupus yang mana telah menjadi warisan kita selama ini.


Allan: Terima kasih Sdra Felix diatas kesempatan ini. Sebelum berpisah, apakah pesanan Sdra Felix kepada semua masyarakat Kadazandusun dan masayarakat Sabah secara keseluruhannya sempena Pesta Kaamatan 2006 ini? Kounsikahan tagayo oi Tobpinai Felix to nakasaga ko id pibarasan diti. Pogulu mitongkiad, onu di oh pason nu kumaa toinsanan tulun Kadazandusun toi ginumuan tulun Sabah id ontok Karamayan Kaamatan Toun 2006 diti?

Felix: Terima Kasih juga saya ucapkan kepada Sdra Allan atas kesudian menemuramah saya. Sid kosiwatan diti mamason oku Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan 2006 kumaa toinsanai dot hinombo nopo. Aramaiti pun aramaiti juga tapi jangan sampai mabuk sehingga tidak sedarkan diri pula. Ingatlah orang yang tersayang!



PROFAIL RINGKAS SDRA FELIX AGUS:

Nama Timangan Sdr Felix di kampung: Pilik
Kampung: Kg. Purak Ogis, Kota Belud
Umur: 24
Tarikh Lahir: 3 April 1982
Berapa adik beradik & yang keberapa?: 6 orang, anak ke-4
Sekolah Rendah: SK Kebayau, Kota Belud
Sekolah Menengah: SMK Narinang, Kota Belud
Hobi: Bermain gitar, tidur dan berangan
Alamat Surat Menyurat: D/A FAFC KV, 2-7-3 Sri Anggun Condominium, Jalan Selama 2, Batu 3 ½ Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur.
Laman Web Rasmi: www.felix-af.com
Email: felix@felix-af.com
No. Handphone (untuk disebarkan kepada sumandak-sumandak): Kalau yang ehem-ehem tu boleh juga lah untuk disebarkan..hehehehe...
Pencapaian: Naib Juara Akademi Fantasia 3 (2005)


PROFAIL RINGKAS SDRA ALLAN DUMBONG

Sdra Allan Dumbong berasal dari Kg Nuntunan Apin-Apin Keningau. Beliau adalah seorang aktivis sosio-budaya dan terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah. Peranan-peranan dalam KDCA termasuklah:

· Ahli Majlis Tertinggi KDCA
· Pengerusi, Pergerakan pembangunan Belia kadazandusun
· Setiausaha, Biro Pembangunan Sosio-Ekonomi KDCA
· Penolong Setiausaha, KDCA Zon pedalaman
· Setiausaha, KDCA Cawangan Tg Aru

No comments: