Tuesday, February 28, 2006

SUGANDOI KAAMATAN


BENGKEL SUGANDOI & ORKESTRA KOISAAN
Pada 19hb Mac 2006 di Hongkod Koisaan, Penampang

KOTA KINABALU: Bengkel Sugandoi dan Pengenalan Orkestra Koisaan 19 Mac di Hongkod Koisaan Penampang akan meninjau perkembangan lagu-lagu tempatan di samping memperkenalkan skema baru corak pengadilan Pertandingan Sugandoi Kaamatan.
Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan, Harry Ignatius Beatty berkata perasmian Bengkel Sugandoi yang dijadual dirasmikan Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan itu turut memperkenalkan penampilan pertama Orkestra Koisaan yang dianggotai kira-kira 80 pemuzik.
“Melalui Bengkel Sugandoi kita berharap dapat menghasilkan bahan-bahan tulisan mengenai perkembangan lagu-lagu tempatan khususnya Kadazandusun Murut di samping merumuskan corak pengadilan Sugandoi Kaamatan di seluruh Negeri Sabah,” kata Harry.
Harry yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menjemput semua peminat dan penggiat lagu-lagu tempatan agar mengambil peluang menyertai bengkel sehari itu kerana ianya merupakan asas kepada pengembangan indusrti muzik tempatan pada masa akan datang.
Menurut Harry, sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan pada bengkel itu yang meliputi Perkembangan Lagu-lagu Kadazandusun Murut, Perlindungan Hakcipta dan Pengadilan Sugandoi.
“Para pembentang kertas kerja terdiri dari kalangan Pensyarah Seni Muzik dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kota Kinabalu. Melalui ceramah pengadilan sugandoi kita perlu melihat kemungkinan bahawa pada masa akan datang, hanya mereka yang memiliki tauliah disyorkan menjadi pengadil sugandoi,” kata Harry.
Sementara itu, Orkestra Koisaan dianggotai 80 pemuzik lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik akan membuat penampilan pertama yang mengandungi rhythm, high string, low string, brass, saxes, woodwind, tradisional dan vokalis dengan persembahan iringan vokal serta instrumental termasuk lagu-lagu Kosorou Ko Po Nangku Doho, Siou, Medley Sumazau John Gaisah, Lambaian Kinabalu, Jinulim Batu Lapan dan Nokopisoomo om Nokopitongkizad.
Keterangan lanjut penyertaan diminta menghubungi Hongkod Koisaan 088 713696 (Maureen/ Rita) untuk memasukkan nama dalam senari. Yuran penyertaan RM20 setiap peserta.
Aturcara Bengkel Sugandoi & Pengenalan Orkestra Koisaan
Tarikh: 19 Mac 2006 (Ahad) Tempat: Hongkod Koisaan, Penampang
10.00 pagi - Pendaftaran
11.00 pagi - Ketibaan Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Presiden KDCA/ Timbalan Ketua Menteri Sabah (disambut dengan persembahan muzik Orkestra Koisaan)
11.05 pagi - Ucapan alu-aluan Pengerusi Sugandoi Kaamatan, Gund. Harry I. Beatty
11.15 pagi - Ucapan Perasmian oleh Huguan Siou (Persembahan Orkesta Koisaan)
Pengenalan singkat Orkestra Koisaan oleh JuruacaraPengurus Orkestra Koisaan OKK William Majimbun menyampaikan profail orkestra kepada Pengerusi Sugandoi Gund. Harry Beatty untuk disampaikan kepada Huguan Siou. Profail akan dijadikan asas perbincangan KDCA selanjutnya.
12.00 tnghr - Hidangan Tengahari
12.40 tnghr - Ceramah Pertama: “Perkembangan Lagu-lagu Kadazandusun” Oleh: Andrew Poninting, Pensyarah Muzik UMS
1.30 petang - Buah Fikiran: “Perlindungan Hakcipta”
1.50 petang - Sesi bengkel
Pengerusi: Gund. Albert Mark Moguring Pensyarah Muzik Maktab Perguruan Keningau Pencatat: Zandi Janeta Anthony
2.30 petang - Hidangan Teh
2.45 petang - Ceramah Ketiga: “Pengadilan Sugandoi Kaamatan” Oleh: Gund. Rayner Ajumal, Pensyarah Muzik Maktab Perguruan Gaya, KK
3.45 petang - Sesi Bengkel Pengerusi: Zandi Juliana Andreas Pencatat: Zandi Christina John Luan
4.15 petang - Rumusan oleh Pengerusi Sugandoi Gund. Harry I. Beatty

Source: Henry Bating (013 858 0885)

No comments: