Sempena sambutan Pesta Kaamatan, beberapa makanan tradisi Kadazandusun boleh diketengahkan. Cara untuk membuat hinava sangat mudah dan hanya memerlukan 30 minit saja untuk membuatnya.Contohnya seperti di bawah untuk keperluan 5 orang makan.
Bahan-bahan:
Ikan Yu 250gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Cili padi 10 biji
Limau nipis 5 biji
Air 250ml
Cara-Cara Menyediakan:
Panaskan air sehingga mendidih, buang sisik ikan yu, rendamkan ikan yu kedalam air panas tadi selama 3 minit, hiris isi ikan kecil-kecil mengikut kesukaan, masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan 3 cubit garam, 2 cubit gula, serbuk perasa, cili padi 10 biji dan air limau nipis. Gaulkan sehingga sebati (jika kekurangan rasa bolehlah ditambah ikut kesukaan) dan biarkan setengah jam sehingga ikan masak. Selepas itu, bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment