Sunday, May 10, 2009

EJAAN "KADAZANDUSUN" DI MEDIA CETAK


Bagi pihak masyarakat Kadazandusun di Sabah, saya ingin menyeru semua pihak media di Sabah tentang perkara di atas yang selama ini seringkali dikelirukan, baik secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Ejaan yang benar bagi masyarakat Kadazandusun ialah “KADAZANDUSUN/ Kadazandusun” dan BUKAN “Kadazan Dusun”, “KadazanDusun”, “Kadazan-Dusun”, “DusunKadazan” dan seumpamanya.

Kata nama “KADAZANDUSUN/ Kadazandusun” adalah terdaftar dan digunakan secara rasmi seperti dalam dokumen-dokumen rasmi berikut:

1. KDCA – KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION SABAH
Chapter I, Article 1,
Chapter III, Article 6.

2. UPKO – United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation,
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu,
Pisompuruan Pasokmomogun Kadazandusun Murut
3. KLF - Kadazandusun Language Foundation
Yayasan Bahasa Kadazandusun
Tinan Monoina Boos Kadazandusun
4. Kementerian Pelajaran Malaysia - Bahasa Kadazandusun
- Boros Kadazandusun
5. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - Masyarakat Kadazandusun
- Bahasa Kadazandusun
- Tradisi dan Budaya Kadazandusun
6. Universiti Malaysia Sabah (UMS) - Kursi Kadazandusun
- Kadazandusun Chair
- Bahasa Kadazandusun
7. Daily Ekspress - Kadazandusun (section)
8. Utusan Borneo - Kadazandusun (section)
10. Anugerah Kewartawanan SJA – Shell,
Anugerah Kewartawanan Pendidikan UMS
- Kategori Bahasa Kadazandusun
11. Persefahaman KDCA – USDA - Bahasa Kadazandusun
12. KCCI - Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry
13. Pekadus - Persatuan Pendidik Kadazandusun

Sehubungan dengan perkara tersebut, adalah baik sekiranya media dapat menggunakan ejaan “Kadazandusun” secara konsisten di dalam setiap tulisan dan bukan yang lain-lain. Perkara ini sangat penting terutamanya pada ketika ini di mana masyarakat Kadazandusun merayakan sambutan Pesta Kaamatan. Pastinya, setiap liputan media mengenai masyarakat ini serta sambutan Pesta Kaamatan akan mempengaruhi budaya dan cara hidupa masayarakat ini.

KECUALI yang berkaitan dengan jabatan-jabatan berikut:

1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Bangsa : Kadazan atau Dusun
2. Jabatan Perangkaan Malaysia
Bangsa: Kadazan/Dusun
3. Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM)
Siaran Bahasa Kadazan atau Siaran Bahasa Dusun

Sila hubungi saya di telepon 016-8325071 sekiranya pihak tuan/puan memerlukan keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

ALLAN GUIM DUMBONG
Ahli Jawatankuasa Pusat
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun
Merangkap
Pengerusi, Jawatankuasa Penyelidikan, Dokumentasi & Komunikasi KDCA.

11 Mei 2009

1 comment:

ison said...

Inilah masalah dengan masyarakat Kadazandusun ni.

Cuma menjadi kemusykilan saya, kenapa perkataan Kadazandusun sudah diterima dengan meluas seperti yang saudara sebutkan, tetapi JPN, JPM dan RTM masih menggunakan Kadazan/Dusun.

Tambahan pula, RTM pun media juga.

Ketidakseragaman inilah yang sebenarnya menyebabkan kekeliruan di kalangan penulis. Lebih2 lagi penulis yang memang anti kepada nama Kadazandusun itu sendiri.

Note: Where are we heading to...?