Wednesday, August 06, 2008

KONSERT STACY AF6 DI KDCA


JUARA Akademi Fantasia Keenam (AF6), Stacy Anam akan menjadi artis undangan Konsert Amal Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA). Konsert akan diadakan pada 15 Ogos ini di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang jam 7 malam.

Ia turut menampilkan artis kelahiran AF2 Adam, Kumpulan EVOKE, Easther Apolunius (Juara Sugandoi 2006) dan pemenang Unduk Ngadau 2007 Joanna.

Pengerusi Penganjur, James Muyau, berkata konsert bertujuan untuk mengisi Tabung Amanah Pendidikan KDCA. “Konsert ini juga adalah untuk memberi peluang kepada peminat Stacy menyaksikan persembahan artis yang semakin popular menerusi lagu ‘Aku Stacy’ itu,” katanya di sidang media di Pejabat KDCA kelmarin.

Hadir sama ialah Jawatankuasa penganjur konsert, Jake Jikulin Nointien dan Setiausaha Kerja KDCA, Benedict Topin.

Menurut James, pihak penganjur memilih Stacy kerana artis itu turut menjadi produk KDCA kerana pernah menyertai lagu-lagu Kadazandusun ‘Sugandoi Kaamatan’. Pihak penganjur memutus untuk memilih Stacy bagi mengiktiraf kejayaannya sebagai peserta pertama dari Sabah menjuarai AF6. “Lagipun dia adalah anak kelahiran Kadazandusun berasal dari Penampang,”katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya datang menyaksikan konsert tersebut.

(Disesuaikan dari Daily Express, 7/8/2008). Posted By Allan Dumbong.

No comments: